Perbandingan antara website dan facebook page

Peniaga yang baru dalam pemasaran internet pasti ada yang runsing samada ingin memilih facebook atau memiliki website sendiri sebagai platform perniagaan online. Sebelum saya terus memberi jawapan tentang mana satu yang lebih bagus, saya akan beri beberapa faktor untuk dibandingkan.

 

1. Pemilikan

Website

Anda memiliki sepenuhnya website anda. Rekabentuk, content, media dan sebagainya dikawal oleh anda.

Facebook Page

Anda tidak memiliki facebook, anda hanya menumpang pada sistem facebook dengan mengikut syarat yang ditetapkan facebook. Jika facebook membuang page anda atau facebook menutup servisnya, facebook page anda akan lenyap begitu sahaja.

2. Rekabentuk @ Design

Website

Rekabentuk @ design website sepenuhnya mengikut kehendak anda. Anda boleh tentukan warna, bentuk website, susunan content/produk, media dan sebagainya atas citarasa anda. Anda juga boleh membuat website mengikut konsep kedai@premis anda.

Facebook Page

Anda boleh mengubah beberapa bahagian pada facebook page seperti logo, cover, dan beberapa bahagian untuk memaparkan informasi perniagaan, tetapi mesti mengikut rekabentuk struktur facebook.

3. Penyampaian Maklumat

Website

Informasi dapat disusun dengan  kemas dan tersusun. Anda boleh membahagikan maklumat perniagaan anda kepada beberapa bahagian seperti produk, maklumat syarikat, forum, hubungi, blog dan sebagainya. Ini sangat memudahkan pengunjung mengenali perniagaan anda.

Pengunjung perlu pergi ke website anda untuk mendapatkan maklumat tentang perniagaan anda.

Facebook Page

Penyampaian maklumat adalah melalui page description dan feed. Post-post disusun mengikut masa dan ini menyukarkan pelanggan untuk mencari maklumat yang mereka inginkan tetapi maklumat terbaru boleh disampaikan dengan sangat cepat.

Selain itu, anda mudah mendapat pengunjung kerana pengunjung anda terdiri dari pengguna facebook sendiri.

4. Mengemaskini Maklumat

Website

Anda memerlukan sedikit pengetahuan untuk mengawal kandungan website seperti post blog, maklumat perniagaan, produk baru dan sebagainya. Jika anda mempunyai pekerja untuk menguruskan website, anda harus pastikan pekerja anda mendapatkan latihan yang cukup untuk mengendalikan sebuah website.

Facebook Page

Dengan facebook, maklumat boleh dikemaskini dengan mudah dan cepat. Jika anda tidak tahu menggunakan facebook, anda hanya perlukan kurang dari 10 minit untuk belajar cara membuat post dan edit maklumat di facebook page.

5. Interaksi

Website

Website mempunyai pelbagai bentuk interaksi yang boleh disediakan untuk pengunjung seperti chat, komen dan forum.

Facebook Page

Fungsi komen dan chat pada facebook page sangat mudah digunakan dan mudah mendapat feedback. Oleh kerana semua pengunjung facebook page anda mempunyai facebook sendiri, mereka tidak perlu mendaftar, atau memberi email untuk komen atau chat.

6. Keselamatan @ Backup

Website

Anda boleh backup website anda secara mudah dengan fungsi backup yang disediakan oleh sistem website anda. Anda juga boleh backup website dengan memuat turun semua data website dari hosting ke komputer anda. Fungsi backup ini sangat penting kerana jika website@hosting anda mempunyai masalah atau di hack, anda boleh memasang semula website anda.

Facebook Page

Jika facebook anda mengalami masalah seperti dibuang atau di hack, tiada fungsi backup disediakan dan ini sangat berisiko kepada perniagaan anda.

7. Pengiklanan

Website

Anda boleh menyewakan ruang iklan di dalam website anda dengan tersusun dan kemas.

Untuk mengiklankan website anda pula, anda boleh menggunakan pengiklanan seperti Google Adword dan Facebook Ads.

Facebook Page

Anda tidak boleh menyewakan ruang iklan di facebook page anda,  anda boleh mengambil caj iklan melalui post feed namun ianya tidak begitu praktikal.

Untuk mengiklankan facebook page anda, cara yang sesuai adalah menggunakan Facebook Ads. Mengiklankan facebook page melalui Google Adword dan lain-lain platform pengiklanan adalah tidak sesuai untuk facebook page.

8. Fungsi Tambahan

Website

Terdapat pelbagai sistem yang boleh dipasang pada website anda seperti sistem tempahan program, sistem email, sistem support pelanggan, database dan banyak lagi.

Facebook Page

Tidak banyak pilihan aplikasi untuk facebook page anda dan biasanya sistem-sistem yang dipasang pada facebook sebenarnya di-host-kan pada website/tempat lain.

Jika dilihat dari faktor-faktor di atas, anda pasti mendapati terdapat kekurangan dan kelebihan untuk setiap platform. Jadi, apakah platform yang perlu dipilih untuk perniagaan anda? Jawapannya adalah, anda perlukan kedua-duanya, Website dan Facebook.

Mengapa perlukan kedua-duanya? Ini kerana website berfungsi sebagai pejabat utama untuk platform perniagaan online anda manakala facebook adalah medium pengiklanan dan interaksi komuniti untuk perniagaan anda.

Sebagai contoh, Ramli mempunyai sebuah studio yang menjual alat muzik, rakaman audio dan visual, peralatan rakaman dan persembahan. Ramli juga mempunyai kumpulan yang membuat pameran muzik di sekitar Malaysia. Jika situasi ini digunakan dalam penyediaan platform perniagaan internet, website dan facebook adalah umpama premis/studio dan kumpulan yang membuat pameran. Anda boleh menggunakan salah satu medium, tetapi mempunyai kedua-dua medium pasti memantapkan perniagaan anda.

Wan Syafiq

Pemilik syarikat Le HarmonieS. Sdn Bhd.