Menjana Trafik Website dan Blog

Bila sebut sahaja website, blog, landing page, minisite dan sebagainya, satu perkara yang kita tidak boleh lari iaitu mesti cari trafik ataupun pelawat. Artikel ini menerangkan cara-cara yang boleh digunakan untuk menjana trafik ke website dan blog anda.

[taq_review]

1. Carian Organik Search Engine

Menjana trafik ke website atau blog melalui search engine bukanlah satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi untuk website atau blog yang baru. Anda perlu menguasai teknik SEO (search engine optimization) untuk mendapatkan ranking yang baik pada search engine.

Anda boleh rujuk artkel Asas SEO Untuk Website dan Blog yang telah saya sediakan sebelum ini. Biasanya pelawat yang datang dari search engine adalah sangat berkualiti kerana mereka mencari maklumat yang anda sediakan. Minimum jangka masa seo mula berputik adalah 2 hingga 3 bulan.

2. Media Sosial

Tidak dinafikan bahawa media sosial menjadi salah satu penyumbang besar dalam menjana trafik ke website dan blog anda kerana hampir semua orang mempunyai akaun media sosial. Oleh itu, anda perlu mencari jalan untuk mendapatkan pelawat dari media sosial kerana trafik di media sosial sangat ramai, anda hanya perlu membawa sedikit dari trafik itu ke website atau blog anda.

Menjana trafik website dan blog - media sosialMenjana trafik melalui media sosial bukan sekadar berkongsi link pada media sosial, anda perlu pastikan orang tertarik untuk klik pada link dan seterusnya membolehkan orang yang suka kepada content atau maklumat yang disampaikan akan kongsi semula link tersebut pada rakan-rakan mereka.

Untuk membuatkan website anda mesra media sosial, anda perlu mengoptimasikan website anda untuk perkongsian media sosial seperti facebook dan twitter. Sebagai contoh, anda perlu tahu tentang open graph Facebook untuk membolehkan link yang anda kongsi mempunyai attachment maklumat website ataupun blog.

3. Backlink atau Referral

Backlink atau referral ini secara mudahnya adalah sebarang link dari luar yang membawa pelawat ke website anda. Ianya boleh jadi link ke website/blog anda melalui email database, aplikasi, forum, website/blog rakan dan pelbagai lagi. Asalkan ianya adalah link dari luar yang membawa pelawat ke website/blog anda.

Pelbagai strategi atau cara menjana trafik website dan blog yang boleh digunakan melalui kaedah backlink atau referral. Sebagai contoh, jika anda lihat aplikasi WordPress 4Bisnes yang saya beri percuma kepada pelawat website Le HarmonieS, dalam aplikasi itu mempunyai pautan ke website saya (leharmoniestudio.com.my) dan ini antara cara saya menjana trafik ke website.

4. Direct

Direct adalah dimana pelawat memasukkan alamat website atau blog anda terus pada bahagian url browser. Ada beberapa kemungkinan untuk untuk menjana trafik website dan blog melalui cara ini:

  • Iklan melalui radio atau televisyen
  • Link website yang disertakan pada brosur, kad bisnes, baju, QR code, beg plastik dan sebagainya
  • Perkongsian dari mulut ke mulut
  • Watermark pada gambar, video atau sebarang media

Jika anda lihat contoh-contoh yang saya berikan untuk cara direct, anda akan perasan bahawa semuanya adalah offline. Oleh itu, anda boleh menganggap cara direct ini adalah bagaimana anda menjana trafik website dan blog secara offline atau luar talian.

Follower

Kategori follower adalah satu jenis sumber traffic yang datang dari pengikut/follower anda. Traffic jenis ini boleh datang dari keempat-empat sumber traffic di atas iaitu search engine, media sosial, referral mahupun direct.

Ada banyak sebab orang mengingati anda dan secara tidak langsung menjadi follower anda. Kebiasaannya, anda memperoleh follower kerana populariti anda (artis, public figure, ustaz) dan juga content website yang berkualiti.

Contoh Kajian

Menjana trafik website dan blog - trafik

Carta pai di atas menunjukkan nisbah sumber trafik website Le HarmonieS dalam bulan Jun 2014 (dijana oleh Google Analytic – Acquisition).  Berpandukan penerangan 4 cara menjana trafik ke website dan blog yang saya nyatakan sebelum ini, anda pasti perasan yang website Le HarmonieS mempunyai nisbah yang kecil untuk referral.

Le HarmonieS mendapat nisbah referral yang kecil kerana mempunyai backlink yang sedikit dan kurang berkualiti. Apa yang boleh saya lakukan? Saya boleh perbanyakkan channel trafik untuk kategori referral seperti melalui email marketing, ebook percuma yang disertakan hyperlink, dapatkan review dari blogger dan pelbagai lagi.

Nisbah terbesar trafik adalah dari carian organic pada search engine seperti Google. Walaupun kandungan website ini masih lagi dalam kategori sedikit, namun setiap content website Le HarmonieS telah dioptimasikan untuk enjin carian seperti Google.

Jika anda mempunyai sebarang keraguan atau pertanyaa, anda boleh berbuat demikian di ruang komen di bawah. Saya akan cuba menjawab pertanyaan anda.

Wan Syafiq

Pemilik syarikat Le HarmonieS. Sdn Bhd.