skip to Main Content

tips mengambil gambar produk secara professional

Gambar atau imej adalah sangat penting dalam persembahan online khususnya dalam perniagaan online samada untuk kegunaan media sosial ataupun website. Tips ini saya sediakan untuk membolehkan anda terutama usahawan mengambil gambar produk secara professional dengan kos yang rendah tanpa memerlukan perkhidmatan jurufoto.

Bahan dan peralatan

Untuk menghasilkan gambar produk yang baik dengan latarbelakang/background yang tidak mengganggu produk, anda boleh menggunakan bahan dan peralatan yang saya cadangkan di bawah:

  • Cardboard/kad manila berwarna putih, saiz yang cukup besar untuk produk anda. (RM0.50 – RM3.00)
  • Tack-It atau multipurpose adhesive. Macam tanah liat yang melekat. (RM3.50)
  • Smartphone yang berkualiti atau kamera (compact @ DSLR)
  • Softbox atau sumber cahaya yang baik.

Penyediaan background

Saya menggunakan cardboard atau kad manila tadi sebagai platform dan background untuk gambar saya. Anda hanya perlu mencari tempat yang sesuai untuk menyandarkan kad anda seperti gambar di bawah:

tips-mengambil-gambar-produk-background

Jika anda lihat gambar di atas, saya menggunakan Tack-It sebagai pelekat dan lekatkan kad saya tadi pada meja dan dinding. Pastikan kad itu melengkung dengan kemas, jangan sampai kemek kerana ia akan menjejaskan gambar anda.

Penyediaan cahaya

Anda memerlukan cahaya yang cukup untuk mendapatkan gambar yang berkualiti tanpa noise. Oleh itu, sumber cahaya perlulah cukup terang dan tidak terlalu tajam seperti lampu suluh kerana ia akan membuatkan bayang-bayang terlalu jelas. Jika anda mengambil gambar di luar rumah dengan cahaya matahari, anda sudah mempunyai cahaya yang mencukupi.

Satu cara yang baik adalah dengan membeli satu softbox yang biasa jurugambar guna, anda boleh dapatkan softbox yang murah pada harga RM350. Jika anda ingin lebih jimat, anda boleh membuat sendiri sumber cahaya seperti yang saya buat di bawah:

tips-mengambil-gambar-produk-cahaya

Saya menggunakan gabungan paip PVC untuk dijadikan light stand dan menggunakan mentol 120W-135W (Jangan guna mentol berkuasa rendah). Untuk pemantul di belakang mentol, anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk membolehkan cahaya tersebar dan tidak tertumpu.

Hasil gambar

Jika anda lihat gambar di bawah, saya meletakkan lampu/sumber cahaya di hadapan atas pada objek supaya bayang-bayang boleh disorokkan pada belakang bawah. Sedikit adjustment pada level warna dan brightness akan membuatkan background anda kemas dan licin.

tips-mengambil-gambar-produk-contoh1

Jika anda mempunyai produk yang lebih besar, anda boleh menggunakan kad yang lebih besar untuk background dan stage anda. Lihat gambar di bawah:

tips-mengambil-gambar-produk-contoh2

Perbandingan gambar

tips-mengambil-gambar-produk-contoh3

Cuba lihat perbandingan gambar di atas. Bayangkan gambar-gambar produk anda diletakkan pada website, blog dan media sosial. Jika anda tanya saya, saya mahu menggunakan gambar di sebelah kanan kerana ianya professional dan jelas. Malah gambar pada sebelah kanan bersaiz lebih kecil berbanding gambar kiri kerana tidak banyak maklumat warna yang perlu disimpan. Oleh itu saya boleh mengurangkan penggunaan memori space dan I/O website hosting saya.

Pembaikan

Jika anda ingin mendapatkan kualiti gambar yang lebih mantap dan professional, anda boleh mendapatkan softbox dan menggunakan DSLR untuk projek gambar produk anda. Anda boleh membuat stage yang lebih besar menggunakan kain putih.

Anda boleh rujuk Tips dan cara mengambil gambar produk Part 2 untuk penerangan yang lebih mendalam dan teknik photoshop yang boleh digunakan.

Post Series: Cara mengambil gambar produk

Wan Syafiq

Pemilik syarikat Le HarmonieS. Sdn Bhd.

Back To Top