skip to Main Content

tips mengambil gambar produk

 

Untuk bahagian kedua cara mengambil gambar produk, saya akan menerangkan lebih dalam (sikit) untuk mengambil gambar yang lebih baik daripada panduan asas sebelum ini.

[taq_review]

Peralatan Tambahan

Jika anda lihat pada post sebelum ini, saya hanya menggunakan lampu DIY sahaja dengan kos kurang RM70. Anda juga boleh menggunakan lampu meja yang terang untuk tujuan pencahayaan. Kali ini saya akan tunjuk lampu yang lebih sesuai untuk mengambil gambar.

IlluminatorIcon

Lampu yang saya gunakan dalam tutorial ini adalah sepasang lightbox (ada 2) yang saya beli dengan harga RM640 di website Famecherry. Lightbox ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mengambil gambar produk malah anda boleh gunakan untuk mengambil gambar model jika anda menjual pakaian atau perlu mengambil gambar objek yang lebih besar.

Susunan Peralatan

Pertama sekali, anda perlu sediakan pentas (stage) untuk mengambil gambar produk anda. Sama seperti pada Part 1, saya menggunakan kad berwarna putih yang besar untuk dijadikan pentas.

tips-mengambil-gambar-produk-advance

Jika anda lihat gambar di atas, saya hanya menggunakan meja dan sandarkan pada almari kemudian lekatkan kad tadi pada meja dan almari supaya kad itu boleh melengkung menjadi tapak dan background.Anda boleh lekatkan kad dimana-mana mengikut kreativiti anda.

tips-mengambil-gambar-produk-advance-2

Selepas anda menyiapkan pentas untuk produk, gunakan lightbox (lampu/sumber cahaya) menembak cahaya kepada pentas anda. Kelebihan menggunakan lightbox adalah anda akan memperoleh cahaya yang seragam pada stage dan produk anda. Lihat gambar di atas sebagai rujukan.

Mengambil Gambar

Untuk mengambil gambar, anda boleh menggunakan DSLR ataupun kamera yang berkualiti. Smartphone juga boleh digunakan tetapi hendaklah smartphone yang mempunyai kamera yang baik.

tips-mengambil-gambar-produk-advance-3

Jika anda lihat gambar di atas, gambar yang diambil menggunakan DSLR dengan menggunakan mode auto. Anda juga boleh menggunakan mood manual dengan ISO 400 jika menggunakan lightbox yang saya cadangkan. Jika anda menggunakan smartphone, anda juga boleh set ISO anda secara manual.

Jika anda perhatikan pada gambar, hasil gambar tidak begitu menarik kerana nampak muram dan bosan. Saya akan tunjukkan cara untuk memperbaik kualiti gambar produk yang diambil menggunakan software Photoshop.

Editing

Ikuti langkah-langkah di bawah. Jika anda mempunyai sebarang kesulitan atau tidak faham, sila tinggalkan soalan pada ruang komen, saya akan cuba menjawab pertanyaan anda.

tips-mengambil-gambar-produk-advance-4

Buka gambar produk anda menggunakan Photoshop dan pastikan layer gambar produk anda tidak di-Lock. Gunakan Ctrl+L untuk membuka panel Level, ini membolehkan anda mengawal input level pada gambar tersebut. Anda akan nampak graf level yang jelas pada panel tersebut.

Kawal level anda dengan klik pada simbol segi tiga seperti gambar di atas dan seret/drag sehingga ke kawasan paling tinggi bacaan level pada sebelah kanan. Kemudian klik OK.

tips-mengambil-gambar-produk-advance-5

Setelah berjaya mengawal level tadi, anda duplicate layer anda dengan menekan kekunci Ctrl+J ataupun anda boleh ke menu layer kemudian klik duplicate layer. Setelah duplicate layer berjaya, anda klik pada tool Quick Selection Tool ataupun tekan kekunci W untuk menggunakan tool ini.

Dengan mode Quick Selection Tool ini dihidupkan, anda klik dan warnakan objek atau produk anda. Photoshop akan mengesan objek anda secara automatik untuk memilih (select) kawasan objek/produk anda. Setelah anda berjaya select/pilih semua kawasan objek/produk, klik pada Refine Edge.

tips-mengambil-gambar-produk-advance-9

Anda akan lihat background putih tadi telah hilang dan digantikan dengan hitam seperti gambar di atas. Sekarang anda perlu warnakan pada sempadan objek supaya boleh mengasingkan objek dan background dengan lebih kemas. Anda boleh kawal saiz berus di bahagian atas seperti yang saya tunjukkan.

Selepas anda warnakan sekeliling sempadan objek, anda boleh ubah suai setting Refine Edge pada panel yang disediakan. Untuk tutorial ini, letakkan nilai Shift Edge kepada negatif supaya kita boleh merge gambar yang baru dengan gambar asal sebentar lagi. Setelah selesai, pilih Output To > New Layer dan klik OK. Teknik ini dipanggil Extract.

Sekarang, anda mungkin tidak nampak sebarang perubahan pada gambar tetapi sebenarnya gambar asal dan gambar objek yang anda keluarkan tadi telah bertindih. Dengan ini, anda boleh mengawal warna background anda tanpa menjejaskan gambar objek.

tips-mengambil-gambar-produk-advance-6

Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, gambar asal dan gambar yang telah di Extract akan bertindih. Ini membolehkan kita kawal level background putih tanpa memberi kesan kepada objek kita. Sekarang klik pada layer asal dan kawal level dengan kekunci Ctrl+L. Rujuk gambar di atas, saya mengawal level supaya pelaras diletakkan sebelum bahagian input level tertinggi. Setelah berpuas hati, klik OK.

tips-mengambil-gambar-produk-advance-7

Gambar di atas adalah hasil daripada teknik yang saya tunjukkan sebentar tadi. Anda akan mendapat gambar objek/produk yang menyerlah dengan backgound yang sepenuhnya putih. Ianya bukan sahaja nampak professional malah lebih memudahkan anda untuk menggunakan gambar ini untuk design banner dan sebagainya.

Teknik yang sama boleh digunakan jika anda ingin mengambil gambar model pakaian, tudung, dan objek besar lain. Anda cuma perlukan background putih yang lebih besar, sebagai contoh anda boleh membeli kain putih dan lekatkan pada dinding dan lantai. Konsep yang sama seperti menggunakan kad putih cuma dengan skala yang lebih besar.

Jika tips dan tutorial ini sedikit sebanyak membantu anda, sudi-sudikan utuk Like dan Share post ini kerana ianya sangat membantu saya untuk menyebarkan tips ini. (Senyum)

Tambahan

Saya ada buat sambungan tutorial iaitu Cara Mengambil Gambar Produk Menggunakan Handphone/Telefon Bimbit, jika anda berminat, boleh klik pada link yang saya beri.

Post Series: Cara mengambil gambar produk

Wan Syafiq

Pemilik syarikat Le HarmonieS. Sdn Bhd.

Back To Top