skip to Main Content

Tips memilih hosting website

Hosting memainkan peranan penting dalam penyediaan website. Secara mudahnya, hosting adalah rumah kepada website dan kita perlu memilih rumah yang sesuai mengikut tetamu yang kita anggarkan. Post kali ini akan menerangkan bagaimana memilih pakej hosting yang sesuai untuk website kita.

[taq_review]

Memilih Syarikat Hosting

Terdapat banyak pilihan hosting samada dalam atau luar negara. Untuk post ini, saya hanya fokus pada hosting dalam negara kerana saya telah mencuba sendiri beberapa syarikat hosting untuk projek-projek client saya. Ada beberapa faktor dalam menilai kualiti hosting:

  1. Harga yang sesuai
  2. Support yang berkualiti/cekap
  3. Reputasi yang baik
  4. Kualiti server yang konsisten
  5. Mudah mengawal akaun hosting dan domain

Antara banyak-banyak hosting Malaysia yang telah saya gunakan, Server Freak adalah yang terbaik. Oleh itu, panduan seterusnya dalam pemilihan pakej hosting akan menggunakan maklumat harga dari Server Freak. Klik logo di bawah untuk ke website Server Freak.

 

Server Freak Hosting

 

 Jenis Hosting

Secara asasnya, ada beberapa jenis hosting iaitu Shared Hosting, Virtual Private Server (VPS) dan Dedicated Server. Pemilihan jenis hosting ini dibuat mengikut spesifikasi website dan pelawat yang ingin kita tampung. Saya akan terangkan secara ringkas ketiga-tiga jenis hosting ini.

tips-memilih-hosting-jenis

Notis: Anggaran pelawat bergantung pada jenis website, caching, saiz dan banyak lagi faktor. Jika website anda “berat”, kemampuan hosting anda akan lebih rendah dari anggaran.

Pakej Sesuai Untuk Memulakan Website Perniagaan (Server Freak)

Anda boleh ke website Server Freak (klik) >> Klik pada menu Webhosting >> Klik pada More Info di Linux Shared Hosting Cpanel. Anda akan lihat pakej hosting seperti gambar di bawah.

tips memilih hosting

Anda akan lihat beberapa pilihan pakej iaitu Supreme, Deluxe, Elite, Platinum dan Gold. Pakej-pakej ini berbeza dari segi kapasiti memori, data transfer dan sebagainya. Untuk lebih memudahkan anda membuat pilihan, Server Freak menyediakan maklumat tambahan seperti di bawah:

tips-memilih-hosting-memori

Dengan menggunakan maklumat di atas, anda boleh membuat anggaran pengguna/pelawat website yang anda boleh tampung dari 20 hingga 40 pengguna/pelawat pada satu masa.

So, nak pilih pakej hosting yang mana?

Mula Dengan Pakej Elite

Jika anda seorang usahawan internet yang aktif, saya beranggapan bahawa anda akan kerap update link pada media sosial dan menggunakan pengiklanan seperti facebook ads dan google ads. Jika begitu saya sarankan anda mula dengan pakej Elite. Pantau CPU Usage, Memory Usage, Entry Processes dan Input output usage pada Cpanel, jika selalu over limit, maka anda boleh decide untuk upgrade.

 

tips-memilih-hosting-cpanel

Dapatkan Pandangan Professional

Jika anda masih lagi tidak pasti untuk membuat pilihan, sila dapatkan nasihat dan pandangan dari pihak hosting. Anda boleh menghubungi pihak hosting melalui telefon, email dan sistem chat. Nyatakan apa segala masalah anda dan mereka akan beri cadangan yang sesuai.

Jika anda ingin meminta bantuan dari pihak Server Freak, anda hanya perlu bahagian Support dan anda akan lihat banyak pilihan channel untuk bantuan.

Masalah Mengupah Webdesigner Murah

Jika anda mahu mengupah designer untuk membuat website murah, anda mesti tahu apa pakej hosting yang digunakan. Saya juga pada awal bisnes menawarkan pakej website yang murah (semurah RM500) dengan kos hosting hanya RM60 setahun, hasilnya selalu mengalami masalah dan website sangat perlahan walaupun traffic sedikit.

Website yang perlahan sangat memberi kesan pada prospek kita, tambahan lagi jika website itu menggunakan CMS dan banyak plugin yang berat. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan maklumat hosting dan teknologi yang digunakan dalam website supaya anda boleh membuat anggaran kemampuan website anda.

 

 

Wan Syafiq

Pemilik syarikat Le HarmonieS. Sdn Bhd.

Back To Top