Tips Pengurusan Bisnes Online

Jika anda seorang peniaga online ataupun bercita-cita untuk menjadi usahawan atau peniaga online pada masa akan datang, infografik ini sangat penting dalam pengurusan bisnes online anda. Saya akan ulas secara ringkas perkara-perkara yang perlu dijaga atau diuruskan apabila mempunyai bisnes online.

Sistem Pengurusan

Pengurusan bersistem disini bermaksud anda memerlukan sistem untuk memudahkan perjalanan bisnes online anda. Dua jenis sistem utama dalam pengurusan bisnes online:

  • Sistem online (website dan sistem lain) – platform utama dalam bisnes online sebagai medium pemasaran dan juga berlakunya proses jual-beli.
  • Sistem perniagaan – sistem workflow untuk bisnes anda, pelan dari pemasaran, jualan, stok sehingga menguruskan pelanggan.

Tips Pengurusan Bisnes Online - Pengurusan

Tanpa sistem yang baik, anda sukar untuk mengenalpasti bahagian-bahagian yang boleh diperbaik untuk memaksimumkan output dari bisnes online dan juga menyukarkan pengurusan bisnes online.

Persembahan

Tips Pengurusan Bisnes Online - Persembahan

Persembahan ini adalah bagaimana kita memberi input kepada prospek yang datang dari medium online seperti website, media sosial dan sebagainya. Antara aspek penting dalam persembahan adalah:

  • Visual & audio – persembahan seperti design, video, rekabentuk website, webinar, infografik dan sebagainya.
  • Copywriting – susunan ayat pemasaran yang bertujuan memikat prospek untuk membeli atau mempengaruhinya.
  • Nilai – bagaimana anda membuatkan prospek anda menghargai anda atau bisnes anda.

Nisbah Pemasaran & Statistik

Ada pelbagai jenis pemasaran yang boleh dilakukan untuk bisnes online. Namun, anda perlu mengawal nisbah medium pemasaran untuk mendapatkan output yang maksimum kerana bisnes anda pasti mempunyai limit pada kos, masa dan tenaga.

Antara jenis medium pemasaran:

  • Media Sosial
  • Iklan Online Berbayar (Google, Facebook, dsb)
  • Artikel review pada blog/website.
  • Surat khabar
  • Content marketing (artikel, seo, tips, tutorial, ebook, free content dsb)
  • Flyers

Tips Pengurusan Bisnes Online - Nisbah Pemasaran

Untuk memudahkan anda membahagikan atau membuat nisbah pemasaran, anda perlu rujuk data dan statistik perniagaan anda. Contohnya apabila ada rujuk data pelawat, data jualan, data sumber trafik dan sebagainya, anda pasti mudah untuk mengkaji medium pemasaran mana yang perlu diberatkan.

Keselamatan

Tips Pengurusan Bisnes Online - Keselamatan Online

Keselamatan adalah antara faktor yang sangat penting dalam pengurusan bisnes online kerana pelbagai perkara boleh berlaku kepada bisnes online. Contoh keselamatan yang perlu dijaga:

  1. Email – gunakan beberapa lapis keselamatan seperti password, phone verification dan device verification. Contohnya Gmail
  2. Website – tingkatkan keselamatan website seperti pengguna sistem security, plugin, update CMS, pemantauan pada hosting, backup, cloudflare dan sebagainya.
  3. Backup – backup data-data bisnes online anda, gunakan sistem cloud yang dipercayai untuk memudahkan anda apabila berlaku masalah.
  4. Smartphone – lindungi data smartphone anda dengan perisian keselamatan untuk mengurangkan risiko jika berlaku kehilangan di sebagainya.

Jualan

Bila sebut tentang jualan, kita tidak boleh hanya tertumpu pada harga dan stok tetapi ada banyak perkara lain yang perlu diberi tumpuan seperti memudahkan perjalanan urusan jual beli dan sebagainya.

Tips Pengurusana Bisnes Online - Jualan

Jualan ada motif utama dalam perniagaan, tanpa jualan maka tiadalah bisnes. Oleh itu pastikan anda rancang flow jualan anda dengan sebaiknya kerana itulah yang mengawal tanda aras perniagaan anda.

Database

Satu aspek yang sangat selalu disebut oleh marketer-marketer ialah database, bukan sahaja database info prospek atau pelanggan lepas malah perkara seperti database produk, jual beli, transaksi dan banyak lagi.

Tips Pengurusana Bisnes Online - Nisbah Pemasaran

Ada perkara yang jarang kita dengar ada dalam database seperti data panggilan dan kekerapan prospek menghubungi kita. Semua data ini jika disimpan akan memudahkan kita untuk pantau pergerakan perniagaan online kita.

Konsisten

Dalam perniagaan, konsisteni adalah sangat penting bagi memastikan kelangsungan bisnes kita terjamin. Semua aspek dalam pengurusan bisnes online  harus dijaga dengan konsisten dari persembahan, pemasaran hinggalah pengurusan database.

Tips Pengurusan Bisnes Online - Konsisten

Antara aspek dalam konsistensi yang jarang diambil berat dalam perniagaan adalah:

  • Konsep design visual
    • Penggunaan konsep warna yang konsisten menigkatkan brand recognition sebanyak 80%.
    • Prospek perlu lihat konsep warna sebanyak 12 sebelum mereka menyedari brand anda.
    • 90% informasi disimpan dalam otak dalam bentuk visual.
    • Otak memproses visual 60,000 kali lebih pantas dari teks.
  • Cara penyampaian
    • Gunakan tone dan style yang konsisten dalam penyampaian samada di website, media sosial, sms mahupun email.
    • Selalu menggunakan bahasa yang baik.

 

Wan Syafiq

Pemilik syarikat Le HarmonieS. Sdn Bhd.