Terma & Syarat

Le Harmonie Studio (MA0172472-W) telah didaftarkan sejak 11 Julai 2012 dan beroperasi sehingga kini.

Kenyataan yang disediakan ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan kami terhadap menyediakan bahan-bahan bermutu dan perkhidmatan yang boleh digunakan dalam leharmonies.my.

Melayari leharmonies.my adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di bawah. Dengan menggunakan leharmonies.my, ini bermakna anda menerima perjanjian ini.

Hakcipta

Penggunaan bahan-bahan daripada leharmonies.my untuk lain-lain laman web atau komputer tanpa keizinan Le Harmonie Studio adalah dilarang sama sekali. Semua nama, simbol, logo dan tanda yang digunakan dalam leharmonies.my, kecuali yang lain-lain yang telah dinotiskan, adalah tanda dagangan dimiliki atau digunakan oleh Le Harmonie Studio. Penggunaan tanda-tanda dagang atau lain-lain bahan dalam laman web ini adalah dilarang.

Anda secara khususnya bersetuju bahawa leharmonies.my tidak bertanggungjawab atau berkewajipan ke atas mana-mana ugutan, fitnah, kelucahan melampau, menghina atau kandungan tidak sah atau berkelakuan buruk ke atas pihak-pihak lain atau sebarang pelanggaran ke atas hak-hak orang lain, termasuk harta benda intelek yang mempunyai hubungan dengan laman web leharmonies.my. Ini termasuk maklumbalas pembaca melalui ruangan media sosial yang disediakan seperti facebook dan twitter. Ia adalah pandangan pihak yang menulis atau pemilik akaun berkenaan, dan bukan mewakili pandangan atau pendirian Le Harmonie Studio secara khususnya.

Leharmonies.my juga tidak bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan atau pandangan yang ditulis atau disiarkan melalui segmen Komentar dan Dari Blog. Ia adalah pandangan penulis berkenaan tanpa dipengaruhi pihak kami dan ia tidak semestinya mengambarkan pendirian dan pandangan kami.

Iklan

Laman web ini mengandungi pautan ke laman web internet lain yang dimiliki oleh pihak ketiga. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan laman web yang dipaut atau sebarang pautan di dalam laman tersebut.

Di dalam laman web ini juga terdapat iklan daripada pihak ketiga yang mempunyai pautan ke laman web masing-masing. Anda perlu merujuk ke laman-laman tersebut untuk maklumat lanjut mengenai pengiklan dan produk serta/atau perkhidmatan yang diberikan.

Pada sesetengah keadaan, iklan-iklan tersebut mungkin mempunyai tawaran yang anda boleh terima dengan memaut ke laman pengiklan dan mengikut arahan yang diberikan. Tawaran tersebut tidak dibuat oleh pihak Le Harmonie Studio dan pengiklan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tawaran yang dibuat dan penghantaran sebarang barang atau perkhidmatan yang anda beli daripada laman web pihak ketiga.

Le Harmonie Studio tidak akan bertanggungjawab untuk arahan yang dibuat secara langsung oleh pengguna kepada pengiklan ke atas respons sebarang iklan yang disiarkan dalam laman web.
Pengiklan-pengiklan di dalam leharmonies.my faham dan setuju yang Le Harmonie Studio tidak akan bertangungjawab terhadap ketepatan dan kesahihan maklumat yang dihantar oleh pengguna-pengguna dalam mana-mana bentuk interaktif.

Penafian

Leharmonies.my tidak akan menjamin bahawa bahan-bahan di laman ini bebas daripada kesilapan, dan kesilapan akan diperbetulkan, atau laman web atau server yang sedia ada bebas dari virus-virus atau lain-lain komponen yang membahaya.

Penggunaan leharmonies.my adalah atas risiko anda keseluruhannya. Anda mesti menilai menanggung segala risiko ke atas apa-apa jua yang berkaitan dengan penggunaan sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman web, termasuk kepercayaan ke atas ketepatan, kesempurnaan atau faedah kegunaan apa juga kandungan. Anda perlu mendapatkan nasihat persendirian anda sendiri berhubung maklumat demikian.

Walaupun kami akan menggunakan ikhtiar yang munasabah untuk mengekalkan kandungan, kami tidak akan memikul tanggungjawab untuk menyediakan sokongan atau perkhidmatan mengawalselia ke atas kandungan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau inginkan penjelasan mengenai sesuatu perkara berkaitan leharmonies.my, anda boleh hantarkan email ke support@leharmonies.my.