skip to Main Content

SEO - Tips asas menjaga SEO website atau blog

Oleh kerana terlalu ramai blogger dan pemilik website yang tidak tahu menjaga kualiti SEO pada website/blog, saya akan cuba membantu dengan menyediakan tips asas SEO website atau blog.

[taq_review]

Asas SEO Website/Blog

Pasti ada yang sudah tahu apa itu SEO ataupun Search Engine Optimization. Untuk mereka yang belum tahu, SEO ini secara mudahnya adalah sebarang cara atau langkah yang dilakukan untuk memikat search engine supaya meletakkan website atau blog kita pada rank carian yang baik.

Saya akan menyenaraikan beberapa tips asas SEO website dan blog anda supaya lebih mudah mendapat tempat pada carian search engine.

1 – Maklumat Metadata

Dalam bahasa mudah, metadata adalah satu maklumat yang menerangkan content website atau blog anda. Dua metadata yang utama adalah meta title dan meta description.

Asas Seo Metadata

Jika anda rujuk gambar di atas, ini adalah satu contoh hasil carian google first page untuk keyword “telekung cotton”. Title dan description yang dipaparkan adalah mengikut meta title dan meta description yang saya gunakan di website.

Untuk meta title, anda boleh menggunakan format seperti “Tajuk – Penerangan Ringkas”. Manakala untuk meta description pula, sebaiknya membuat penerangan ringkas, menarik dan menggunakan ayat yang sempurna. Pastikan keyword sasaran anda terdapat dalam meta title dan meta description.

Untuk pengguna blogger atau blogspot, anda agak sukar untuk membuat meta title dan description. Anda boleh menganggap tajuk entry anda adalah title dan 30 perkataan pertama entry anda adalah description. Oleh itu, saya tidak menggalakkan blogger menggunakan ayat berbunga-bunga pada awal perenggan. Perenggan awal hendaklah menerangkan  tentang isi kandung entry tersebut.

 2 – Struktur Teks

Struktur teks sangat penting dalam asas SEO website/blog dan sangat ramai blogger dan pemilik website yang tidak menggunakan struktur yang betul untuk blog dan website mereka.

Asas SEO website/blog - Struktur Teks

Satu contoh struktur yang ringkas dan baik adalah seperti gambar di atas. Mempunyai sub tajuk, sub tajuk dan bold pada keyword. Pastikan anda menggunakan format yang betul untuk setiap jenis teks. Sebaiknya, sediakan 300-500 patah perkataan untuk satu entry atau page.

  • Heading – Digunakan sebagai tajuk atau sub tajuk.
  • Paragraph – Digunakan sebagai teks penerangan atau kandungan.
  • Bold – Untuk highlight keyword anda.

Pecahkan maklumat anda kepada beberapa tajuk atau sub tajuk supaya memudahkan pembaca dan menambahkan markah SEO anda. Perenggan yang terlalu panjang juga tidak baik untuk pembaca anda, sebaiknya limitkan perenggan anda kepada 2 atau 3 ayat sahaja.

3 – Gambar

Satu lagi tips asas SEO website dan blog adalah dengan menyediakan gambar dengan maklumat yang lengkap. Gambar juga antara perkara yang dipandang remeh oleh kebanyakan blogger dan pemilik website. Ada 3 perkara yang anda perlu tahu dalam penyediaan gambar.

  1. Nama file gambar – Namakan gambar anda dengan betul dan mempunyai keyword pada nama gambar itu. Contohnya, “cara-membuat-kek.jpg”
  2. Title gambar – Berfungsi sebagai tajuk kepada gambar. Title gambar memberitahu search engine tentang maklumat gambar anda.
  3. Alt Text – Ini adalah maklumat tambahan kepada gambar anda sekiranya gambar anda gagal dipaparkan.

Sebaiknya, pastikan setiap entry atau page anda mempunyai sekurang-kurangnya 3 gambar dengan maklumat yang lengkap seperti saya nyatakan sebelum ini. Anda juga boleh menyediakan 1 gambar untuk setiap pecahan content anda supaya lebih mesra pembaca dan SEO.

Pastikan juga gambar adalah menarik dan original kerana itu dapat memberi kesan terhadap pembaca. Sebagai contoh, jika anda lihat artikel di blog Hasyanaurah, banyak gambar diedit terlebih dahulu supaya memberi nilai tambah pada artikel blog.

4 – Kandungan

Pastikan kandungan anda adalah fresh dan original (yang asli) kerana kandungan begitu mendapat tempat di hati search engine seperti Google. Jaga tatabahasa dan ayat kandungan anda kerana itu juga penting untuk memudahkan pelawat dan search engine memahami kandungan anda.

asas seo website/blog

Jika anda tanya saya, apakah jenis content atau kandungan yang baik untuk website atau blog? Saya akan menjawab, content yang baik adalah content yang memberi manfaat kepada pembaca. Ini bukan sahaja memberi reputasi yang baik malah boleh membuatkan pembaca share content kita kepada rakan/kenalan mereka.

5 – Pelbagai Sumber Trafik

Antara tips yang penting dalam menjaga SEO website atau blog anda adalah mempelbagai sumber trafik anda. Terdapat 4 jenis channel trafik yang utama:

  1. Organic Search – trafik dari search engine
  2. Direct – trafik terus dari url yang dimasukkan
  3. Social – trafik dari media sosial (share, like)
  4. Referral – trafik dari link website lain

Jika anda rujuk empat jenis channel trafik di atas, anda boleh kembangkan kepada pelbagai sumber trafik lain seperti Facebook, Twitter dan Google Plus untuk kategori media sosial. Media sosial adalah satu kategori sumber trafik yang baik kerana ianya mudah dan mempunyai potensi untuk menjadi viral. Anda hanya perlu menyediakan content yang berkualaiti dan menarik kemudian kongsikan pada media sosial.

Tambahan Asas SEO website dan blog

5 tips asas SEO website dan blog di atas adalah asas yang perlu anda kuasai. Untuk mendapatkan SEO yang lebih mantap (Google Platform), anda perlu menguasai Google Webmaster, Rich Snippet, Google Analytic, Google Map dan Google Plus supaya website anda mendapat markah yang tinggi di mata Google.

Analisis website/blog seperti Google Analytic juga penting untuk membolehkan anda membuat kajian data pelawat supaya anda boleh membuat perubahan atau penambahbaikan pada website/blog supaya lebih banyak interaksi dan mencantikkan perjalanan pelawat di website/blog anda.

Wan Syafiq

Pemilik syarikat Le HarmonieS. Sdn Bhd.

Back To Top