skip to Main Content

Resepi dan Masakan - Tau Fu Fah

Untuk bulan puasa yang makin dekat ini, sudah pasti pelbagai jenis makanan berbuka puasa terbayang difikiran terutamanya kaum hawa yang ingin menyediakan juadah berbuka puasa istimewa untuk keluarga tersayang. Saya telah berjaya mendapatkan izin dari Puan Tahrunnisah Jali ataupun dikenali sebagai Nisa untuk mengongsikan resepi, gambar dan cara-cara membuat Tau Fu Fah.

Terdapat 8 langkah atau step dalam penyediaan Tau Fu Fah. Nampak agak mudah untuk membuat Tau Fu Fah tetapi mungkin kerana langkah-langkah yang disediakan Puan Nisa nampak mudah. Mungkin anda boleh cuba sendiri dan beritahu saya samada mudah atau susah. Lebih comel bila anda jemput saya makan sekali.

Bahan dan Keperluan Tau Fu Fah

  • 150gm kacang soya
  • 1200 ml air
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 1/2 sudu kecil serbuk GDL (boleh didapati di kedai jual bahan kek)
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung*
  • 1/4 cawan air masak*
  • kain muslin atau kain tuk perah n hampas kacang soya tak terkeluar
  • bekas tahan panas (bekas nasi)

Cara-cara membuat Tau Fu Fah

1. Bersihkan kacang soya. Kemudian rendam kacang soya (terendam) selama 3@4 jam sahaja. Jika terlalu lama dikhuatiri hasil Tau Fu Fah jadi masam.

Resepi dan Masakan - Cara membuat Tau Fu Fah

Kacang Soya

Resepi dan Masakan - Cara membuat Tau Fu Fah

Kacang Soya yang direbus

2. Dalam tempoh ini kalau ada kulit kacang soya terapung bolehlah dibuang. Tos kacang soya dalam pengetos.

3. Kisar kacang soya dalam blender menggunakan air 800 ml air. Kisar kacang sehingga hancur

4. Masukkan adunan tadi dlm kain muslin dan perah dlm periuk… perah shingga kering… lebihan air yang ada tadi masukkan balik dlm kain muslin yang berisi kacang soya dan perah lagi…
5. Rebus kacang soya dan daun pandan sehingga mendidih .. masa merebus ni sentiasa kacau supaya ia tak berkerak di bawah… 

6. Sementara tunggu air soya masak. Campurkan serbuk GDL , tepung jagung dan air masak. Kacau sebati dan tuang ke dalam bekas yang tahan panas seperti termos nasi atau bekas tahan panas. Jika nampak campuran GDL dan tepungg jagung tadi mendap sentiasa kacau atau gerak-gerakkan bekas tadi..

Resepi dan Masakan - Cara membuat Tau Fu Fah

Air, Serbuk GDL dan Tepung Jagung

7. Setelah soya mendidih (buang guna sudu jika ada lapisan pada air soya) angkat terus supaya ia tidak meruap keluar. Anda boleh tapis untuk buang serdak yang ada. Pada bekas yang ada campuran GDL dan tepung jagung (gerak-gerakkan bekas supaya campuran ni tidak mendap) curah air soya macam teh tarik dalam bekas tahan panas tadi. Buat sampai habis. Jangan kacau! Jika nampak berbuih permukaan soya, anda boleh buang menggunakan sudu.

Resepi dan Masakan - Cara membuat Tau Fu Fah

Buih boleh dibuang menggunakan sudu

Resepi dan Masakan - Cara membuat Tau Fu Fah

Cara menuang soya dalam bekas panas


8. Tutup dgn kain dulu permukaan bekas dan baru ditutup dgn penutup. Dalam 1/2-1 jam Tau Fu Fah sudah keras dan boleh la dituangkan bersama air gula atau air gula melaka.

Resepi dan Masakan - Cara membuat Tau Fu Fah

Tutup permukaan dengan kain dan baru penutup.

Masa yang diambil untuk menyediakan Tau Fu Fah mungkin dalam 5 jam hingga 7 jam. Namun ini anggaran saya sahaja. Agak segan untuk saya bertanya macam-macam pada tuan punya resepi, dapat content ini sudah cukup baik. (gelak kecil dan sedikit lulz)

Hasil Tau Fu Fah

Resepi dan Masakan - Cara membuat Tau Fu Fah

Hasil lembut dan tidak hancur

Tau Fu Fah nampak lembut dan tidak pecah, tambah lagi dihidang dengan air gula Melaka pasti sesuai untuk hidangan pembuka selera di bulan Ramadhan. Terima kasih sekali lagi kepada Puan Nisa kerana membenarkan saya menggunakan resepi dan gambar beliau.

 

Wan Syafiq

Pemilik syarikat Le HarmonieS. Sdn Bhd.

Back To Top