skip to Main Content

Pada 31 Disember 2014 hingga 3 Januari 2015 yang lepas, saya dan beberapa ahli keluarga telah bersama untuk berkonvoi ke Kelantan untuk misi bantuan banjir.

Kami bergerak dari Melaka pada hari rabu (31 Disember 2014) dengan 3 buah kereta yang dipenuhi muatan bantuan dan team. Kami bergerak secara sendiri tanpa pengelibatan mana-mana organisasi.

Sumber Bantuan Banjir

Lebih separuh daripada modal bantuan yang kami bawa adalah sumbangan daripada rakan-rakan kami yang tidak dapat turut serta dalam misi bantuan banjir di Kelantan pada kali ini.

Barang bantuan yang kami bawa adalah seperti berikut:

  • Roti
  • Sardin
  • Air
  • Telekung
  • Kain Batik / Pelikat
  • Sabun
  • Ubat gigi / Berus Gigi
  • Tuala Wanita

Kami tidak bawa barangan seperti beras kerana kebanyakan mangsa banjir tidak mempunyai peralatan memasak kerana sudah rosak. Oleh itu, makanan segera tanpa perlu dimasak adalah diutamakan.

Misi Bantuan Banjir Kelantan

Kisah-kisah Mangsa Banjir

Sepanjang misi bantuan banjir, banyak kisah-kisah yang sedih dan mendebarkan yang kami dengar dari mangsa-mangsa yang kami bantu.

Ada kisah pasangan tua yang tinggal bersendirian di rumah papan dan berusaha menyelamatkan diri semasa banjir. Lebih menyedihkan lagi adalah, selepas banjir mereka sendiri perlu mengemaskan rumah yang rosak.

Misi Bantuan Banjir Kelantan

Jika anda lihat gambar 2 orang budak perempuan di atas, mereka mempunyai kisah mereka tersendiri. Ibu bapa budak-budak ini membawa mereka lari ke bukit semasa banjir dan berlindung disana selama 3-4 hari tanpa makanan dan dalam keadaaan sejuk dan berlumpur.

Bayangkan sepanjang 3-4 hari budak-budak ini cuba untuk survive dalam keadaan yang ektrem, saya yang dewasa ini belum tentu mampu harungi apa yang budak-budak ini lalui.

Masih Memerlukan Bantuan

Mangsa-mangsa banjir masih memerlukan bantuan. Misi kami ini hanya mampu memberi sedikit bantuan untuk survive, kami tidak dapat bantu membersihkan rumah mangsa-mangsa kerana ketiadaan air dan elektrik.

Kami harap, jika anda ada nampak misi bantuan lain, sokonglah mereka dengan memberi apa yang mampu walaupun RM20. Jika ada kelapangan, InsyaAllah kami akan pergi lagi.

Wan Syafiq

Pemilik syarikat Le HarmonieS. Sdn Bhd.

Back To Top