Malaysia best blog 2015

Baru-baru ni ada satu SEO contest dengan keyword Malaysia Best Blog 2015 yang disertai oleh lebih 80 blogger Malaysia termasuklah blog isteri saya, Hasyanaurah.

Saya tidak mahu tekankan tentang tips asas seo dalam artikel ini tetapi saya mahu beri cadangan improvement yang boleh dilakukan oleh blogger untuk mendapat tempat yang baik dalam pertandingan seo ini.

1. Sasaran Keyword Malaysia Best Blog 2015

Kebanyakan blogger yang bertanding sudah tahu bagaimana hendak menggunakan keyword dalam gambar, permalink, heading, teks dan sebagainya. Bagi saya tiada masalah untuk itu.

Malaysia best blog 2015 - keyword

Tetapi jika anda tidak tahu bagaimana untuk optimize blog post anda dengan keyword malaysia best blog 2015, anda perlu lakukan sedikit kajian dan pembacaan.

2. Backlink Malaysia Best Blog 2015 Yang Terlalu Banyak

Anda perasan tak biasanya blogger akan pasang satu sistem dimana link post terbaru rakan-rakan blogger akan dipapar pada setiap page/post blog? Ini sebenarnya tidak baik untuk seo.

Sebagai contoh kes blog isteri saya sebelum ini. Dia ada sediakan artikel untuk Air Detox – Infused Water dan berjaya dapat first page untuk keyword infused water dan air detox tetapi kemudian jatuh ranking sehingga page 4.

Malaysia best blog 2015 - backlink

Apabila saya periksa backlink melalui google webmaster, rupanya artikel tersebut sudah mempunyai lebih 30k backlink dan hampir semuanya dari website rakan-rakan yang pasang sistem backlink tersebut. Backlink tersebut adalah spam dan tidak berkualiti.

Setelah saya disavow backlink-backlink tersebut menggunakan google disavow tools, barulah artikel tersebut kembali ke top ranking untuk keyword infused water dan air detox.

3. Kurang interaksi media sosial

Kebanyakan blog post yang digunakan untuk bertanding dalam Malaysia Best Blog 2015 sangat kurang dalam interaksi media sosial. Kebanyakannya hanya berharap pada backlink dan komen blog sahaja.

Malaysia best blog 2015 - social media

Bila sebut tentang blog, saya juga perasan tidak ramai blogger yang menggunakan facebook comment di blog mereka. Bagi saya, facebook comment sangat penting kerana bukan sahaja mempunyai markah tinggi untuk seo malah boleh meningkatkan traffic dari facebook.

Penggunaan google plus juga masih kurang dikalangan blogger malaysia. Jika digunakan dengan baik, google plus sangat memberi kesan pada markah seo anda.

Malaysia Best Blog 2015?

Saya suka jika anda kongsikan senarai Malaysia Best Blog 2015 anda di ruang komen. Anda boleh juga tinggalkan link artikel Malaysia Best Blog 2015 anda.

Malaysia best blog 2015 - blog

Semoga anda yang menyertai SEO Contest ini berjaya dan mendapat sesuatu samada pengalaman, rakan baru mahupun ilmu. 🙂

Update: Pemenang sudah pun ditentukan dan tahniah kepada semua pemenang SEO Contest Malaysia Best Blog 2015. Jumpa pada tahun depan.. 🙂

Wan Syafiq

Pemilik syarikat Le HarmonieS. Sdn Bhd.