Lepak Show

Kami di Le Harmonie Studio telah membina satu platform perkongsian video yang diberi nama Lepak Show dan bertujuan memberi manfaat kepada masyarakat dalam bentuk info yang kreatif.

Konsep Video Lepak Show

Kami membawa konsep santai dalam video Lepak Show yang kami sediakan dan content adalah mengikut channel video yang kami sediakan:

  • Lepak Santai – Psikologi Keluarga & Rohani
  • Lepak Niaga – Perniagaan
  • Lepak Akustik – Muzik
  • Lepak Travel – Travel
  • Lepak Dapur – Masakan

Anda boleh lihat contoh video di atas, saya sendiri sebagai host rancangan Lepak Niaga dan saya cuba kongsikan pelbagai info tentang bisnes dan skill yang diperlukan.

Krew Lepak Show

Buat masa sekarang, krew Lepak Show terdiri daripada 5 orang iaitu:

  1. Wan Muhammad Syafiq Bin Wan Zahidi – Merupakan pengasas, pengacara, editor dan menguruskan pemasaran Lepak Show. Pemilik Le Harmonie Studio.
  2. Nurramizah Bte Fadzil – Merupakan pengacara dan bertanggungjawab dalam pemasaran Lepak Show. Pemilik kepada website Hasyanaurah.
  3. Dr Hjh Rusni A. Ghani – Mengacara 5 Minit Dr Ummi (Lepak Santai). Bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Pengurusan Psikologi) JPA.
  4. Wan Noor Aini Bte Wan Zahidi – Menguruskan kewangan dan pemasaran Lepak Show. Graduan Universiti Malaysia Terengganu dalam Sarjana Muda Perakaunan (hons).
  5. Wan Muhammad Fahmi Bin Wan Zahidi – Menguruskan program Lepak Akustik dan pemasaran Lepak Show. Menamatkan pengajian dalam bidang Perniagaan.

Lepak Show Team

Buat masa sekarang hanya saya dan Dr Hjh Rusni sahaja yang menjadi host di Lepak Show, saya akan latih lagi 3 krew untuk menjadi host rancangan mereka sendiri di Lepak Show.

Koleksi Video

Buat masa sekarang, koleksi video di Lepak Show masih sedikit tapi sudah mendapat feedback yang baik dari penonton. Anda boleh terus ke http://lepakshow.com untuk melihat website Lepak Show.

Wan Syafiq

Pemilik syarikat Le HarmonieS. Sdn Bhd.