Content marketing adalah cara pemasaran utama untuk bisnes online saya.
Kenapa ianya penting? Saya berikan 4 point kenapa content marketing penting untuk bisnes saya.
1. Memperkuat brand diri dan syarikat
Brand sangat penting dalam sesebuah perniagaan. Semakin kuat brand itu, semakin kuat kepercayaan orang pada brand/jenama kita.
2. Meningkatkan jualan
Jualan servis website dan pemasaran saya meningkat kerana content marketing membuatkan perniagaan saya dikenali dan dipercayai.
Jualan juga mudah dibuat tanpa memerlukan usaha yang banyak untuk meyakinkan prospek kerana mereka sudah percaya pada personal brand dan syarikat.
3. Kekalkan pelanggan sedia ada
60%-70% income dari bisnes saya adalah datang dari pelanggan sedia ada. Saya lebih suka berurusan dengan pelanggan lama kerana masing-masing sudah memahami antara satu sama lain.
4. Mudah integrate pada beberapa platform pemasaran
Apa yang menariknya content marketing ini adalah kita tidak perlu fokus pada satu platform. Sebuah content boleh digunakan untuk pelbagai platform.
Contohnya perkongsian yang saya sediakan ini bukan sahaja dikongsikan dalam bentuk post di facebook dan blog, malah saya boleh kongsikannya melalui instagram, email dan juga boleh dibukukan.
Bagaimana pula saya manage bisnes saya supaya teratur? Boleh baca artikel saya tentang Bagaimana Saya Run Bisnes Online.