skip to Main Content

Daftar Bisnes Google Map

Mendaftar bisnes atau perniagaan di Google adalah satu perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan samada untuk bisnes online ataupun offline. Ini bukan sahaja memudahkan pelanggan mencari anda, malah terdapat banyak lagi kelebihannya.

Memudahkan Carian

Apabila anda mendaftar perniagaan anda di Google, pelanggan atau prospek boleh mencari anda melalui banyak platform Google seperti Google Map, Google Search dan Google +.

Mudah Berhubung

Daftar Bisnes Google Map 1

Pelanggan boleh terus menghubungi anda melalui telefon, email dan juga mendapatkan maklumat penting seperti alamat premis dan waktu operasi.

Bagi saya, fungsi ini sangat cool kerana bukan sahaja saya sebagai pelanggan tahu tentang maklumat perniagaan, malah dengan menggunakan phone, saya boleh terus ke premis perniagaan tersebut menggunakan aplikasi GPS seperti Waze dan Google map.

Google +

Daftar Bisnes Google Map 2

Google + adalah sebuah media sosial seperti Facebook tetapi ianya istimewa kerana adalah satu platform media sosial oleh Google sendiri dan mempunyai struktur dan flow yang berbeza.

Walaupun pengguna Malaysia masih belum biasa dengan Google +, namun ianya masih memberi kesan kepada identiti perniagaan anda.

Sebagai contoh, jika ada pelanggan yang review dan rate perniagaan anda, hasil carian di Google Search dan Maps akan memaparkan rating yang diberikan.

 Kelebihan Lain

Terdapat beberapa lagi kelebihan jika anda mendaftar bisnes atau perniagaan di Google. Antaranya adalah:

  • Memperkuatkan SEO website (Google)
  • Menambah keyakinan prospek atau pelanggan
  • Lebih menonjol berbanding pesaing

Jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh komen di bawah. InsyaAllah saya akan menjawabnya.

Wan Syafiq

Pemilik syarikat Le HarmonieS. Sdn Bhd.

Back To Top