skip to Main Content

Cara membuat blog menggunakan WordPress

Ada pelbagai teknologi yang boleh digunakan untuk anda membuat atau membina blog. Tidak kira blog untuk perniagaan, sukan, general ataupun blog tentang diri anda sendiri, anda boleh menggunakan WordPress sebagai platform untuk membuat/membina blog anda. Saya memilih untuk mengajar anda membuat blog menggunakan WordPress kerana bukan sahaja ia mudah untuk dipelajari, malah anda boleh menjadikan WordPress sebagai platform website yang lengkap. Tapi untuk post kali ini, saya hanya ajar anda cara membuat blog menggunakan WordPress.

Apa yang diperlukan untuk membuat blog?

Untuk membuat sebuah blog menggunakan WordPress, anda hanya memerlukan hosting untuk menjalankan blog anda. Hosting boleh dikatakan tapak dimana blog anda akan dipasang dan dihidupkan. Jika anda inginkan penambahan fungsi atau struktur blog yang berbeza, anda memerlukan plugin tambahan dan theme untuk dipasang pada blog anda. Untuk kali kedua ‘tapi’, saya hanya akan ajar anda asa membuat blog menggunakan WordPress. Ianya sangat mudah, saya yakin budak sekolah rendah pun mampu lakukannya.

1. Hosting/Tapak

Ada beberapa pilihan hosting yang anda boleh dapatkan. Anda boleh mendapatkan hosting WordPress percuma di www.wordpress.com ataupun dengan membeli hosting anda sendiri pada syarikat-syarikat yang menawarkan hosting. Anda juga boleh membuat blog anda sendiri secara local di komputer anda dengan memasang aplikasi server untuk tujuan pembelajaran. Sebagai permulaan, saya akan tunjukkan anda membuat blog wordpress dengan menggunakan hosting percuma di www.wordpress.com.

Rajah 1.1

Setelah anda klik link www.wordpress.com, anda akan dibawa ke website rasmi WordPress seperti Rajah 1.1 di atas. Anda klik pada Get Started.

Rajah 1.2

 

Setelah anda klik button Get Started, anda akan dibawa ke borang pendaftaran yang ringkas seperti Rajah 1.2. Masukkan email, username dan password anda. Untuk bahagian Blog Address, gunakan address yang percuma dahulu untuk tujuan pembelajaran.

Rajah 1.3

 

Setelah anda mengisi maklumat yang perlu, anda klik pada button Create Blog untuk pakej WordPress percuma. Walaupun dengan fungsi terhad, anda masih boleh belajar membuat blog Wordpress.

Rajah 1.4

 

Rajah 1.5

 

Rajah 1.6

 

Anda klik “Next Step”, “Next Step”, “Next Step”.. sehingga anda dipaparkan ruang panel seperti Rajah 1.7 di bawah.  Wordpress akan meminta anda untuk mengesahkan email anda. Anda hanya perlu buka email anda dan klik button untuk pengesahan yang dihantar oleh WordPress.

1.7

 

Setelah membuat pengesahan email, anda akan dibawa semula ke panel seperti rajah 1.7 di atas. Klik Dashboard untuk membawa anda ke ruang admin blog anda.

 2. Dashboard – Ruang Admin

Rajah 2.1

 

Rajah 2.1 di atas adalah rupa ruang admin blog WordPress anda. Disinilah anda akan membuat post blog baru, page, tambah widget, plugin dan pelbagai lagi. Secara umumnya, anda mengawal website blog anda disini. Untuk panduan ini, saya hanya menyentuh bahagian yang berkaitan dengan menyediakan blog sahaja walaupun banyak yang boleh dilakukan dengan WordPress.

Dengan merujuk pada Rajah 2.1 di atas, saya mahu anda klik “Post” yang terdapat pada panel disebelah kiri.

Rajah 2.2

 

Selepas anda klik “Post”, anda akan lihat ruang Posts yang kosong kerana anda tidak mempunyai sebarang post untuk blog anda lagi. Klik “Add New” seperti Rajah 2.2 di atas untuk membuat post blog yang baru.

cara membuat blog menggunakan wordpress

Anda akan melihat ruang seperti Rajah 2.3 selepas anda “Add New ” post. Disinilah anda akan membuat post blog anda. Anda perlu memasukkan tajuk, content, category dan tags sebelum anda publish. Terpulang pada anda untuk memasukkan content dan tajuk apa, anggap sahaja seperti menulis sebuah artikel untuk orang lain baca. Category dan tag pula adalah untuk anda mengkategorikan post anda, sebagai contoh jika  post anda tentang cara membuat kek coklat, anda boleh meletakkan category sebagai kek dan tag sebagai coklat. Terpulang pada kreativiti anda menyusun megkategorikan post blog.

Anda juga boleh  meletakkan gambar sebagai feature image pada post anda. Anda hanya perlu klik pada “Set featured image” dan upload gambar yang anda ingin jadikan featured image. Setelah anda publish, anda boleh lihat blog anda secara live di menggunakan alamat yang anda guna. Disebabkan anda menggunakan pakej free, anda akan mempunyai extension pada alamat anda (alamat.wordpress.com).

Jika anda lihat blog anda, terdapat satu menu yang tertulis home dan about. “Home” adalah page dimana  blog post anda dimuatkan manakala “About” adalah sebuah page. Anda boleh menukar nama page dan content pada “About” dengan pergi semula ke ruang admin. Anda boleh log masuk ke ruang admin melalui widget “Meta” di sebelah kanan blog anda ataupun dengan menambah “/wp-admin” pada alamat blog anda (alamat.wordpress.com/wp-admin).

Untuk menukar content page “About”, anda hanya perlu ke ruang admin dan klik pada “Pages” di panel sebelah kiri. Kemudian klik pada page “About” dan anda akan dibawa ke ruang editing page. Ianya seperti post tadi, anda boleh mengubah tajuk page anda dan content page itu.

3. Rekabentuk Blog

Anda boleh lihat contoh blog (demo) yang telah saya buat untuk panduan ini di http://leharmoniestudio.wordpress.com/. Jika anda lihat pada link demo yang telah saya berikan, anda pasti dapat melihat sedikit perbezaan berbanding apa yang ada pada blog anda. Perbezaan itu adalah demo yang saya gunakan telah diubah header, widget dan page. Untuk page, saya sudah tunjukkan caranya, sekarang saya akan tunjuk cara mengubah sedikit rekabentuk blog dan widget.

Rajah 3.1

Untuk mengubah rekabentuk blog, anda perlu memilih theme atau customize theme yang anda gunakan. Untuk itu, anda boleh pergi ke “Appearance” dan lihat banyak pilihan theme yang anda boleh gunakan. Setiap theme mempunyai rupa yang berbeza, oleh itu saya tak mampu menerangkan struktur setiap theme. Namun begitu, apa yang boleh saya beritahu adalah terdapat theme yang percuma dan theme yang berbayar. Theme yang berbayar mempunyai fungsi dan design yang lebih baik berbanding theme yang percuma. Guna fungsi customize untuk mengubahsuai theme yang anda gunakan.

Untuk bahagian widget pula, ia terletak di dalam panel “Appearance”. Anda pasti nampak panel “Widget” di bawah “Appearance” yang anda klik sebelum ini. Anda akan lihat ruang widget seperti Rajah 3.2 di bawah.

cara membuat blog menggunakan wordpress 2

Jika anda rujuk Rajah 3.2 di atas, Kawasan Widget adalah item yang terdapat pada widget anda. Anda boleh drag in item dari “Available Widgets” ke dalam Kawasan Widget. Apa yang anda ubah disini boleh dilihat pada blog anda. Oleh itu, anda perlu eksperimen tentang widget apa yang anda hendak pakai. Anda boleh mengubah nama widget anda dan sebagainya.

Kesimpulan

Tidak susah membuat blog yang asas, anda hanya perlu mencuba atau redah jer kalau anda ingin belajar sesuatu. Tambahan lagi ianya percuma, anda tidak mengalami sebarang risiko malah menambahkan pengetahuan anda. Panduan yang saya sediakan ini hanya cebisan kecil dari wordpress, anda boleh membina portal website menggunakan wordpress. Anda boleh cuba membuat blog anda sendiri menggunakan wordpress, ianya mudah dan boleh dikembangkan menjadi website yang sempurna seperti website ini.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh tinggalkan di ruang komen. Jika anda menggunakan fungsi komen facebook di bawah, pastikan tag id saya (@Wan Syafiq Wan Zahidi) supaya saya boleh tahu anda bertanya kepada saya. Anda tidak perlu tag nama saya jika menggunakan borang komen.

ps: jika anda inginkan coaching secara berkumpulan untuk membina website/blog menggunakan WordPress daripada saya, sila buat tempahan di http://leharmonie.my/tempahan/

Post Series: Wordpress
  • 1.Tips Blog – Cara membuat blog menggunakan WordPress

Wan Syafiq

Pemilik syarikat Le HarmonieS. Sdn Bhd.

Back To Top