Bisnes Online - Persediaan bisnes raya 2014

 

Musim raya 2014 kali ini pasti mencatat rekod jual beli online yang sangat besar berbanding tahun-tahun sebelum ini. Persaingan antara usahawan juga pasti lebih mencabar memandang begitu banyak kelas dan training perniagaan online seperti Website, Google Adword, SEO, Facebook Ads, copywriting dan banyak lagi.

Artikel ini akan dibahagian kepada beberapa bahagian untuk menerangkan persediaan dan strategi online yang boleh anda gunakan untuk bisnes raya kali ini.

Kajian Tahun 2013

Kajian yang saya lakukan adalah bersumberkan carian keyword melalui search engine Google pada tahun 2013 yang lepas. Tarikh raya Aidilfitri pada tahun 2013 adalah pada 8 Ogos 2013. Rujuk laporan di bawah:

Kajian Keyword Baju Raya

Laporan di atas menunjukkan sebanyak lebih 90 ribu carian keyword “Baju raya 2013” pada bulan Julai iaitu semasa sebulan sebelum raya ataupun semasa bulan puasa (Ramadhan). Bukan setakat itu sahaja, jika anda lihat pada bulan Mei, sebanyak lebih 12 ribu carian telah terhasil. Ini bermaksud, permintaan baju rasa sudah banyak sejak 3 bulan sebelum raya lagi.

Kajian-Keyword-Kuih-Raya-2013

Untuk laporan di atas, anda akan mendapati corak yang sama pada carian keyword “Kuih raya 2013”. Carian sudah rancak sejak 3 bulan sebelum raya dan mencapai kemuncak yang luar biasa pada bulan puasa (Ramadhan) iaitu sebulan sebelum raya. Banyak keyword yang berkaitan dengan raya juga menunjukkan corak yang sama. Ianya seakan bercorak eksponen sebelum raya dan jatuh mendadak selepas musim raya.

Data Sekarang (Sehingga April 2014)

Jangkaan raya Aidilfitri 2014 adalah  pada 28 Julai 2014, tarikh yang tidak begitu jauh berbanding raya 2013 iaitu 8 Ogos. Lihat laporan yang saya sediakan di bawah:

Kajian-Keyword-Baju-Raya-2014

Jika anda lihat laporan di atas, bulan April iaitu 4 bulan sebelum raya sudah mencatat lebih 18 ribu carian keyword “Baju raya 2014”. Baru 4 bulan sebelum raya tetapi sudah mengalahkan rekod tahun lepas iaitu 12 ribu carian untuk 3 bulan sebelum raya. Ini jelas menyokong kenyataan saya pada awal artikel bahawa jual beli online akan lebih gempak berbanding tahun lepas.

Saya pasti produk-produk raya yang lain juga akan mendapat impak yang sama, oleh itu anda perlu tahu strategi dan cara untuk mendapat tempat dalam  pada tahun ini. Klik buttton di bawah untuk mengetahui kupasan dan cadangan strategi yang boleh digunakan untuk Bisnes Raya kali ini.

[maxbutton id=”2″]

 

Post Series: Bisnes Raya

Wan Syafiq

Pemilik syarikat Le HarmonieS. Sdn Bhd.