Bisnes Online - Persediaan bisnes raya 2014

 

Artikel ini adalah sambungan kepada Penyediaan Bisnes Raya 2014. Saya akan beri cadangan persediaan dan tips yang boleh digunakan untuk Bisnes Raya 2014.

[taq_review]

Video

Sediakan satu video yang berkaitan dengan puasa dan raya, kemudian selit bisnes anda di dalamnya. Ingat, bukan video bisnes yang diselitkan unsur raya, tetapi video raya yang diselitkan bisnes anda. Ini kerana kita ingin menumpang aura raya supaya video kita boleh menjadi viral.

Website + Facebook

Oleh kerana tahun 2014 ini dipenuhi dengan usahawan yang tahu menggunakan facebook page dan pengiklanan facebook, maka anda perlu berada satu langkah dihadapan pesaing anda dengan mempunyai platform website dan facebook.

Jadikan facebook anda sebagai sumber traffic dan interaksi antara anda dan pelanggan. Website pula dijadikan tapak persembahan produk-produk anda supaya prospek lebih yakin dan mudah untuk mencari maklumat. Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan nasihat tentang teknologi website yang sesuai untuk idea bisnes anda.

Gambar Produk Yang Professional

tips-mengambil-gambar-produdk

Pastikan semua gambar anda berkualiti dan milik anda sendiri. Tidak kira samada gambar itu digunakan untuk website mahupun post facebook, Jangan gunakan gambar yang mempunyai watermark usahawan lain. Gambar sangat memberi kesan kepada mood dan persepsi pospek.

Saya telah menyediakan tutorial bagaimana untuk mengambil gambar secara professional dengan mudah dan murah. Klik button di bawah untuk ke tutorial tersebut.

[maxbutton id=”3″]

 

SEO

Search engine adalah penjana traffic yang sangat POWER jika anda mempunyai website dan mengoptimumkannya untuk search engine. Namun, SEO bukanlah perkara yang mudah kerana anda mempunyai banyak pesaing di musim perayaan ini.

Jika anda ingin menggunakan search engine sebagai pembekal traffic tetapi belum mempunyai website yang mempunyai SEO untuk keyword sasaran anda, anda perlu mula dari sekarang samada membuat sendiri atau mengupah webdesigner/developer.

 Agen

Jika anda adalah pembekal dan mempunyai agen anda sendiri, pastikan anda sediakan content professional yang agen anda boleh gunakan seperti gambar produk, video, website dan sebagainya. Fokus kepada memudahkan agen anda menjual.

Jaga kualiti persembahan produk di internet walaupun agen yang menjual kerana musim perayaan ini akan banyak pesaing oleh itu nama brand mesti dijaga. Pastikan agen tidak berebut customer, sebaiknya rancang coverage setiap agen.

Kesimpulan

Jika merujuk dari corak data carian yang saya sediakan sebelum ini, carian produk-produk raya  sudah bermula sejak bulan April 2014 lagi. Jumlah carian produk raya akan meningkat secara eksponen setiap bulan dan akan mencapai kemuncak pada bulan puasa.

Jika brand anda masih belum dikenali, cuba fokus untuk branding-kan produk anda pada bulan Mei dan Jun kemudian maksimumkan jualan pada bulan puasa. Cuba gunakan aura raya untuk memudahkan content anda tersebar.

Kukuhkan platform online anda sekarang, sediakan content yang berkualiti dan gunakan gambar produk yang professional. Jika anda mempunyai banyak jenis produk untuk dijual, anda memerlukan website untuk memudahkan rujukan produk dan persembahan.

Jika anda mempunyai tips atau cadangan tambahan, boleh kongsi melalui ruang komen di bawah. Saya doakan anda (usahawan) berjaya merebut peluang Bisnes Raya pada kali ini.

Post Series: Bisnes Raya

Wan Syafiq

Pemilik syarikat Le HarmonieS. Sdn Bhd.