Bisnes Online - Kajian Bisnes Raya 2014-2015Sudah lebih kurang dua bulan hari Raya Aidilfitri berlalu dan jika anda seorang usahawan online, bermaksud berlalu sudah segmen bisnes “ular sawa” khususnya pada bulan ramadhan. Laporan statistik (Google) pun sudah dikeluarkan dan saya akan mengupas serba ringkas Kajian Bisnes Raya 2014-2015 yang boleh digunakan untuk persediaan segmen bisnes raya pada tahun hadapan.

[taq_review]

Bisnes Online Raya 2014-2015

Saya memilih Bisnes Online Raya sebagai tajuk utama artikel pada kali ini adalah kerana saya sendiri telah merasai kesan hari raya pada bisnes online yang saya jalankan. Saya telah merasai peningkatan income bulanan sebanyak dua kali ganda pada musim perayaan berbanding income pada bulan-bulan biasa.

Anda boleh rujuk artikel Persediaan Bisnes Raya 2014 yang saya sediakan sebelum musim perayaan Aidilfitri pada pertengahan tahun ini (2014) dan bandingkan data yang saya perolehi sekarang. Jangkaan saya bahawa bisnes online raya pada tahun ini lebih mendapat sambutan berbanding tahun lepas ada lah tepat dan sangat positif.

Oleh itu, saya sangat teruja untuk membentangkan sedikit data untuk membantu usahawan seperti anda membuat persiapan awal untuk bisnes online raya pada tahun hadapan.

Carian Google

Data-data yang saya gunakan untuk menilai sambutan bisnes online adalah dengan menganalisis jumlah carian keyword-keyword melalui search engine Google memandangkan Google adalah search engine yang paling kerap digunakan di Malaysia.

Bisnes Online - Kajian Bisnes Raya 2014-2015-3

Untuk mendapatkan data-data carian untuk keyword, Google telah menyediakan satu tool yang dinamakan Google Keyword Planner. Saya akan gunakan data-data yang diperoleh dari tool ini sebagai bahan analisis bisnes online raya pada tahun 2014.

Carian Keyword Produk Raya

Satu contoh produk bisnes online yang hot semasa musim perayaan adalah Biskut Raya. Anda dan saya tahu yang biskut raya adalah satu hidangan wajib semasa musim perayaan, kena pula semakin ramai antara kita yang hanya membeli biskut raya kerana tidak mempunyai kelapangan untuk membuat biskut raya sendiri.

Bisnes Online - Kajian Bisnes Raya 2014-2015-2

Statistik carian bulanan untuk keyword “Biskut Raya”

Jika anda rujuk statistik di atas, anda boleh lihat betapa banyaknya carian Biskut Raya semasa bulan Ramdhan ataupun semasa musim perayaan. Tambahan lagi, jumlah carian pada tahun 2014 adalah bertambah sebanyak hampir 15 ribu carian berbanding pada tahun 2013.

kajian-bisnes-raya-2014-2015-2

Statistik carian bulanan untuk keyword “Baju Raya”

Statistik di atas juga menunjukkan hasil carian yang tinggi untuk baju raya. Banyak produk raya yang lain mendapat hasil carian yang tinggi pada Google semasa musim perayaan. Ini membuktikan prospek online untuk produk raya sangat-sangat banyak dan anda hanya perlu pikat sebilangan kecil dari jumlah prospek ini untuk mendapat keuntungan.

Carian Keyword Produk Biasa

Untuk pengetahuan anda, bukan produk raya sahaja mendapat permintaan online yang tinggi malah produk-produk lain juga turut terkesan.  Maksud produk biasa di sini adalah produk seperti baju kurung online, jubah, tudung dan sebagainya.

kajian-bisnes-raya-2014-2015-4

Statistik carian bulanan untuk keyword “Shawl Online”

 

Bisnes Online - Kajian Bisnes Raya 2014-2015-6

Statistik carian bulanan untuk keyword “Jubah Online”

Lihat dua contoh statistik di atas, kedua-dua keyword ini (Shawl Online dan Jubah Online) adalah produk yang sentiasa mendapat permintaan sepanjang tahun. Tetapi apabila tiba musim perayaan, carian online melonjak naik hampir 50% pada musim perayaan. Ini jelas membuktikan peluang Bisnes Online Raya sangat besar dan tahun hadapan permintaannya lebih tinggi.

Persediaan Untuk Bisnes Online Raya Pada Tahun Hadapan

Sebagai usahawan yang bijak, anda harus mula merancang strategi untuk mendapat tempat dalam persaingan bisnes online raya pada tahun hadapan dan anda perlu mula dari SEKARANG. Dapatkan reputasi bisnes online yang baik sebelum menjelang musim perayaan.

Jika anda belum mempunyai website, dapatkan website bisnes sekarang. Jika sudah mempunyai website, mantapkan SEO anda bermula dari sekarang. Anda perlu kejar ranking enjin carian (Google khususnya) untuk membolehkan anda mendapat tempat dalam persaingan bisnes online raya.

Jika anda berminat, anda boleh menghubungi saya untuk servis penyediaan platform website dan coaching. Bagi usahawan baru yang tidak bersedia untuk mengupah developer atau webdesigner, saya juga telah menyediakan Panduan Membina Website WordPress secara percuma untuk anda.

 Tinggalkan Komen dan Link

Jika anda seorang blogger, saya mohon untuk anda kongsikan link blog anda yang berkaitan produk yang anda jual semasa raya. Saya ingin membuat sedikit kajian tentang blogger yang aktif berbisnes khususnya semasa musim perayaan.

Wan Syafiq

Pemilik syarikat Le HarmonieS. Sdn Bhd.