Bisnes Online - Buat duit dengan blog cara korporat

Artikel ini saya sediakan sebagai panduan untuk blogger buat duit dengan blog cara korporat. Sesuai untuk pemilik blog yang sudah mencapai >1000 unique viewer dalam sehari.

[taq_review]

Buat Duit Dengan Blog

Pelbagai cara untuk buat duit dengan blog, antara cara yang biasa digunakan oleh blogger adalah:

  • Ruang Iklan
  • Review
  • Jual Produk dan Servis

Ketiga-tiga cara untuk buat duit dengan blog di atas adalah satu cara yang baik tetapi jika anda seorang blogger yang tidak suka menjual produk atau servis, pilihan yang sesuai untuk anda adalah dengan menyewakan ruang iklan dan membuat review atau artikel berbayar.

Buat Duit Dengan Blog Cara Korporat

Saya pasti ramai blogger yang sudah tahu cara buat duit dengan blog, tapi ramai yang masih mengharapkan blog sebagai pendapatan sampingan kerana tidak mampu survive dengan blog sahaja walaupun trafik website sudah banyak.

Bisnes Online - Buat duit dengan blog cara korporat - 1

Konsep buat duit dengan blog cara korporat adalah hampir sama seperti cara biasa dengan iklan dan review tetapi pendekatannya sedikit berbeza. Pendekatan untuk korporat adalah fokus pada pengiklanan.

Fokus Pada Pengiklanan

Cuba anda lihat pada kebanyakan blog di Malaysia, iklan bersepah dan penuh blog sampai merimaskan pelawat. Saya sendiri sebagai pelawat dan pembaca sangat rimas dengan blog yang semak dengan iklan.

Fokus yang saya maksudkan adalah:

  • Fokus dalam 1 atau 2 iklan sahaja.
  • Fokus untuk memberi persembahan iklan yang baik.
  • Fokus untuk membawa trafik yang berkualiti kepada pemilik iklan.

Harga Iklan Korporat

Untuk harga iklan korporat, rate sangat tinggi berbanding anda menyewakan banyak-banyak slot di blog anda dengan RM30-RM300 sebulan untuk satu slot iklan. Tapi untuk iklan korporat, anda boleh mendapat RM3000 seminggu ke dan boleh demand lebih mahal.

Ayat saya mungkin nampak seperti sembang lebih, tetapi saya mempunyai client yang tiada masalah membayar sebanyak itu untuk pemasaran. Untuk kes client saya ini, pengiklan hanya perlu bawa lebih kurang 100 trafik berkualiti ke website client saya ini dalam sehari.

Bisnes Online - Buat duit dengan blog cara korporat - 2

Data trafik yang dibawa dari pengiklan kepada pelanggan

 

Jika anda rujuk data trafik yang dijana oleh Google Analytic di atas, dalam 73-135 trafik dijana setiap hari kepada website client saya dengan kos RM3000 seminggu. Saya perlu rahsiakan nama syarikat client saya tetapi untuk pengetahuan anda, saya mempunyai akses laporan ini kerana saya yang develop website tersebut.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Client Dari Syarikat Korporat?

Sebenarnya, tidak sukar untuk mencari atau mendapatkan client korporat untuk memasang iklan di blog anda. Lihat langkah berikut:

  1. Dapatkan peluang untuk present di bilik meeting syarikat atau berjumpa dengan bos atau orang yang ada kuasa dalam pemasaran syarikat tersebut.
  2. Nyatakan proposal anda untuk membawa prospek kepada bisnes mereka.
  3. Beri data trafik dan analisis blog anda.
  4. Nyatakan anggaran prospek yang anda boleh bawa kepada bisnes mereka dan berapa caj yang anda tawarkan.
  5. Beri mereka percuma pengiklanan selama 2 minggu atau sebulan sebagai tempoh percubaan jika mereka berminat.
  6. Selepas tempoh percubaan, beri mereka statistik trafik yang anda telah jana ke website mereka.
  7. Jika mereka berpuas hati dan terima tawaran tersebut, anda sudah dapat jana pendapatan pasif setiap minggu/bulan mengikut perjanjian anda.

Pengiklanan premium untuk harga premium

Ya, beri mereka pengiklanan yang premium supaya mereka kekal beriklan dengan anda dengan caj yang tinggi. Oleh itu, anda perlu sediakan beberapa perkara dalam iklan:

  • Generate report trafik setiap minggu/bulan kepada mereka.
  • Blog anda perlu kemas.
  • Fokus dalam pengiklanan, jangan banyak iklan yang berbeza kerana kita bukan sahaja ingin jana trafik malah ingin bantu untuk mem-branding-kan syarikat tersebut.
  • Sediakan artikel dan post yang sesuai dengan niche syarikat yang membayar iklan tersebut.

Kesimpulan

Inilah dia buat duit dengan blog cara korporat. Saya harap dapat membantu dalam memberi idea pendapatan daripada blogging kerana saya mendapati ramai blogger yang mempunyai trafik yang banyak tetapi masih perlu bekerja untuk menyara kehidupan.

Jika anda rasa info ini bermanfaat, sudi kiranya Rate, Like dan Share artikel ini. Untuk sebarang soalan, anda boleh komen di ruang komen di bawah. 🙂

[taq_review]

Wan Syafiq

Pemilik syarikat Le HarmonieS. Sdn Bhd.