Biskut Raya Premium 2014 - Azlyna Cookies Untuk projek raya 2014, saya telah memilih untuk bekerjasama dengan Azlyna Cookies. Projek ini sepenuhnya target untuk membuat jualan Biskut Raya 2014 yang pasti akan mendapat permintaan yang tinggi daripada tahun-tahun yang lepas.

Biskut Raya 2014

Saya memilih untuk bekerjasama dalam projek Biskut Raya 2014 adalah kerana biskut raya mempunyai potensi bisnes yang tinggi semasa musim perayaan. Anda boleh lihat sendiri bagaimana permintaan biskut raya yang semakin tinggi pada setiap tahun. Lebih-lebih lagi apabila biskut raya itu adalah biskut raya premium.

Statistik Carian Keyword Biskut Raya 2013

Statistik Carian Keyword Biskut Raya 2013

 

Jika anda rujuk laporan carian “Biskut Raya 2013” di atas, jumlah carian keyword “Biskut Raya 2013” mencapai 74k carian semasa bulan puasa pada tahun lepas untuk platform google search engine. Pada tahun ini saya menjangkakan jumlah melebihi tahun lepas, dan mungkin mencecah 100k carian pada bulan puasa.

 

[maxbutton id=”5″]

 

Azlyna Cookies

Azlyna Cookies ini dimiliki oleh seorang usahawan dari Mersing yang bernama Puan Azlina Bt Wagiman. Kerjaya awal Pn Azlina adalah seorang Automotif Designer di Produa. Kini membangunkan syarikatnya yang fokus kepada membekal biskut raya.

Untuk projek Biskut Raya 2014, Azlyna Cookies telah mengeluarkan 37 jenis Biskut Raya Premium yang terpilih mengikut rasa dan populariti. Anda boleh lihat sendiri koleksi 37 Biskut Raya Premium 2014 di website Azlyna Cookies.

 

[maxbutton id=”6″]

 

Jika ditanya mengapa saya bersetuju untuk bekerjasama dengan Azlyna Cookies, jawapan saya adalah pengalaman bertahun-tahun mereka dan konsisten dalam menjual biskut raya secara offline. Tambahan lagi biskut raya Azlyna Cookies memang sangat sedap dan premium. Jika anda pernah membaca artikel Tips dan Cara Mengambil Gambar Produk –  Part 2, saya menggunakan Biskut Raya Premium Azlyna Cookies sebagai ‘model’.

Berbekalkan jaminan kualiti rasa dan team yang sangat menyeronokkan, saya bersetuju untuk bekerja sama dengan Azlyna Cookies untuk membantu membuat jualan yang lebih banyak berbanding tahun-tahun lepas.

Pesanan Untuk Usahawan Lain

Jika anda adalah usahawan yang mengeluarkan produk, pastikan anda mempunya platform persembahan online yang baik. Gunakan media sosial sebagai channel traffic dan sediakan sistem website sebagai platform bisnes online. Anda harus pastikan website anda bergerak, walaupun anda mempunyai website yang sangat cantik sekalipun, tepapi jika website itu tidak digerakkan dan beroperasi maka ia adalah satu pembaziran dan kerugian.

Wan Syafiq

Pemilik syarikat Le HarmonieS. Sdn Bhd.