Bisnes Online

Disebabkan ramai pengunjung website Le HarmonieS adalah usahawan, saya rasa seronok untuk berkongsi tentang cara saya run bisnes online.

Sebelum ini saya berniaga memang tiada pengurusan. Habis berserabut kewangan dan task yang perlu dibuat.

Selepas saya amalkan bisnes yang tersusun dan menggunakan beberapa platform cloud, tidak perlu untuk runsing menguruskan perniagaan. Boleh fokus buat apa yang kita suka.

2

1. Website perniagaan sebagai tapak “kedai online”

Mungkin masih tak semua usahawan merasakan website itu penting tetapi bagi saya, tiada website bermaksud tidak serius dalam branding bisnes.

Website saya disediakan supaya mesra mobile dan fokus mempamerkan portfolio saya dan penerangan servis serta borang untuk tempahan servis. Saya sediakan ruang blog untuk menambah kepercayaan prospek apabila melihat content berkualiti disitu.

Saya sangat pentingkan cara penyampaian dan format penulisan di website supaya selesa dilihat oleh pelawat yang menggunakan mobile kerana 60%-80% pelawat menggunakan mobile.

Bagaimana Saya Run Bisnes Online

2. Sistem invois dan accounting menggunakan Freshbook

Saya tahu ramai usahawan yang tidak manage akaun dan invois kerana saya dulu begitu juga. Tapi lepas saya uruskannya dengan betul, bisnes saya 200% lebih baik.

Ada banyak sistem cloud untuk invois dan accounting tapi saya pilih Freshbook kerana layoutnya yang kemas dan ringkas serta mempunyai applikasi android. Bila dah ada sistem begini, invois saya tidak lagi berterabur dan mudah sangat track status pembayaran invois, akaun, buat account report dan banyak lagi.

Yang seronoknya saya tak perlu sentiasa di hadapan komputer lagi kerana kerja account dan invoice boleh dibuat menggunakan tablet saya. Tengah tengok wayang pun boleh buat invoice.

Bagaimana Saya Run Bisnes Online

3. Track dan pantau setiap task kerja menggunakan app Asana

Task kerja saya adalah perkara utama dalam bisnes. Biasanya saya perlu uruskan 4-7 projek dalam satu masa. Setiap projek samada website, design, video dan pemasaran mempunyai banyak pecahan task tersendiri.

Jika tidak diuruskan dengan baik task-task ini, akan banyak yang tertinggal dan runsing nak buat mana satu dulu.

Sistem Asana ni saya pasang di tablet dan diletakkan diantara paparan utama supaya mudah track task kerja saya tanpa perlu pening kepala nak fikir atau nak ingat.

Bagaimana Saya Run Bisnes Online

4. Guna Adobe Creative Cloud untuk software dan cloud storage

Saya adalah pengguna Adobe Creative Suite dimana banyak software dari Adobe saya gunakan untuk bangunkan website, animasi, design, video, dan content creation lain.

File-file kerja saya kemudianya disimpan secara cloud supaya selamat dan mudah untuk diakses menggunakan device lain.

Untuk file video, saya tidak menggunakan Adobe Clound kerana space yang tidak begitu besar. Saya masih menyimpan file tersebut menggunakan hard disk dirumah.

Bagaimana Saya Run Bisnes Online

5. Pelbagaikan sumber traffic ke website dan profile facebook

Kalau nak cerita tentang marketing memang panjang lagi sebenarnya. Tapi secara ringkasnya, saya membina banyak platform content yang berbeza dan collaborate dengan syarikat lain untuk menghasilkan sesuatu.

Hasilnya, semua platform tersebut membawa traffic atau orang ke website dan ke account fb saya. Traffic yang berkunjung ke website dan account fb saya adalah traffic yang telah percaya pada saya.

Itu sangat membantu brand diri saya dan brand-kan bisnes saya. Hasilnya prospek yang inginkan servis saya biasanya memang sudah percaya pada saya. Ini adalah antara faktor besar keberlangsungan bisnes saya selain dari rezeki yang Allah hadiahkan untuk saya dan keluarga. smile emoticon

Wan Syafiq

Pemilik syarikat Le HarmonieS. Sdn Bhd.