skip to Main Content

Maksud dan makna bacaan dalam solat

Semasa saya menghadiri kursus kahwin pada 23 dan 24 Ogos lepas, saya mendapati ramai peserta kursus kahwin tercengang apabila ustaz menanyakan tentang maksud atau makna bacaan dalam solat. Oleh itu, artikel ini disediakan untuk memudahkan anda dan saya mengingati maksud bacaan dalam solat kita.

[taq_review]

Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat

Pengertian solat dari sudut bahasa adalah doa. Dari sudut syara’ pula, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.

Maksud dan makna bacaan dalam solat - 1


Takbiratul-Ihram / Takbir

  • Allah Maha Besar.

 Doa Iftitah

  • Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

 Al-Fatihah

  • Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

  • Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

  • Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

  • Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Doa Qunut

  • Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Bacaan ketika sujud

  • Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

  • Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

  • Segala penghormatan dari berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

  • Segala penghormatan dari berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung

 


Pentingnya Memahami Maksud atau Makna Dalam Solat

Bayangkan anda adalah seorang penyanyi yang ingin membuat persembahan. Untuk mendapatkan persembahan nyanyian yang berkualiti, anda perlu memahami senikata dan lirik lagu kerana ia akan membolehkan anda mendalami dan menjiwai lagu tersebut.

Sangat logiknya, sama juga jika saya katakan bahawa kita perlu memahami maksud atau makna bacaan dalam solat kerana kita mempersembahkan solat itu kepada Allah. Tidak mungkin kita boleh solat dengan sempurna jika kita tidak tahu apa yang kita lakukan dan ucapkan.

Maksud dan makna bacaan dalam solat - 2

Sebenarnya tidak sukar untuk mengingati maksud atau makna bacaan dalam solat, anda boleh cuba hafalkan bacaan yang wajib dahulu seperti Al-Fatihah, Takbir dan Tahiyat Awal/Akhir.  Dalam 2 3 hari anda amalkan solat sambil memahami bacaannya, anda pasti merasai perbezaan kualiti solat anda.

Wan Syafiq

Pemilik syarikat Le HarmonieS. Sdn Bhd.

Back To Top