Awasi 9 Perangai Ini Jika Ingin Berjaya Dalam Bisnes

3 tahun saya menyediakan platform bisnes online untuk usahawan, banyak jenis usahawan yang saya jumpa.

Servis saya memerlukan client expose detail rancangan bisnes, jadi secara tidak langsung client akan expose sekali perangai mereka.

Disebabkan sudah berurusan dengan ramai usahawan, saya mula nampak pattern usahawan yang berjaya dan yang tidak selepas 1-3 tahun

Saya senaraikan 9 sikap/perangai yang beri kesan pada kadar kejayaan bisnes.

Awasi 9 Perangai Ini Jika Ingin Berjaya Dalam Bisnes

1. Jangan kekal naif/jahil walaupun banyak kali menerima pengajaran

Ada usahawan yang sudah banyak kali ditimpa masalah sebab kesilapan “noobies” tetapi masih ulang kesilapan yang sama.

Semua orang akan jadi “noob” pada awalnya, assume semuanya positif. Tetapi usahawan harus cepat belajar dari pengalaman.

Belajar untuk persoal sesuatu info dan pertimbangkan sumbernya.

Awasi 9 Perangai Ini Jika Ingin Berjaya Dalam Bisnes

2. Jangan mudah panik apabila berhadapan masalah

Sudah namanya bisnes, kiri kanan depan belakang akan ada masalah. Silap-silap atas bawah pun masalah boleh datang.

Kalau kita tidak boleh kawal respon panik bila berhadapan dengan masalah.. habisss~~

Awasi 9 Perangai Ini Jika Ingin Berjaya Dalam Bisnes

3. Jangan terlalu fanatik pada sesuatu atau seseorang

Perasaan minat sememangnya akan jadi perangsang untuk berjaya tapi apabila sampai ke tahap fanatik, ianya menyukarkan kita berjaya.

Ada juga beberapa usahawan yang approach saya sebelum ini fanatik pada sifunya sampai habis tunggang terbalik penilaian realiti dan keputusan yang dibuat.

Kerana apa? Kerana terlalu fanatik sehingga perkara yang salah diterima sebagai betul. Walaupun dalam isu hukum agama.

Awasi 9 Perangai Ini Jika Ingin Berjaya Dalam Bisnes

4. Jangan MALAS!

Ini sangat mudah. Ramai orang yang malas, sebab itu kurang orang berjaya.

Awasi 9 Perangai Ini Jika Ingin Berjaya Dalam Bisnes

5. Jangan cepat mengalah

Cepat mengalah ni antara masalah besar usahawan. Sekejap buat ini, sekejap buat itu.

Baru usahakan bisnes ini, dah nak cuba bisnes lain. Kejayaan datang bergolek dengan ketabahan

Awasi 9 Perangai Ini Jika Ingin Berjaya Dalam Bisnes

6. Jangan terlalu mengikut perasaan

Perasaan ni memang saya akui sukar untuk dikawal tapi kita boleh belajar mengawalnya.

Contohnya ada client yang bermasalah dan mengundang kemarahan. Kita jangan turut marah tapi perlu relax, dengar dan beri solution.

Lepas habis deal dengan client bermasalah itu, jangan follow up untuk next project. Tinggalkan dan cari lain.

Awasi 9 Perangai Ini Jika Ingin Berjaya Dalam Bisnes

7. Jangan pentingkan diri sendiri

Bisnes/perniagaan bukan tentang diri kita, tetapi tentang pelanggan dengan produk/servis.

Bila kita terlalu pentingkan diri kita dari segi keuntungan, masa dan sebagainya. Bisnes kita akan jadi kurang efektif.

Awasi 9 Perangai Ini Jika Ingin Berjaya Dalam Bisnes

8. Jangan bergelumang dengan perkara yang lepas

Kita boleh jadikan perkara lepas sebagai pengajaran tapi jangan sampai selalu terbuai dalam dunia lampau.

Jika dahulu life kita seronok, duit banyak.. Tiba-tiba jatuh lingkup bisnes. Jangan terlalu kenang seronok yang dulu.

Rancang dan gerakkan pelan baru. Sentiasa bersemangat.

Awasi 9 Perangai Ini Jika Ingin Berjaya Dalam Bisnes

9. Jangan terlalu sensitif pada kritikan

Sensitif ni bukan pada perempuan sahaja ya. Saya sudah deal dengan usahawan sensitif bila dikritik samada lelaki atau perempuan.

Bila terlalu sensitif ni akan beri beberapa jenis kesan, ada yang terus jatuh semangat dan ada yang terus tolak kritikan dan marah pula.

Ianya tidak baik untuk bisnes kita. Bila lemah semangat, bisnes tak jalan. Bila marah dan tolak kritikan, bisnes tak berkembang.

Wan Syafiq

Pemilik syarikat Le HarmonieS. Sdn Bhd.